Untuk pengetahuan anda, Jus Manggis Shamelin amat berkhasiat dan mempunyai kuasa “Anti-Oksida” yang amat tinggi. Kajian menunjukkan buah manggis atau jus manggis ini mempunyai ciri-ciri antioksida yang sangat berkesan jika dibandingkan dengan antioksida pada vitamin-vitamin yang lain.
Jus ini adalah gabungan beberapa jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti mempunyai khasiat yang sangat baik dan amat bagus untuk penjagaan kesihatan dan merawat pelbagai penyakit. Contohnya terhidu asap rokok atau merokok, badan memerlukan antioksidan yang tinggi untuk meneutralkan bahan kimia yang masuk dalam tubuh kita. Jika kesihatan kita tidak dilindungi dari sekarang, lama-kelamaan pelbagai penyakit kronik akan dihidapi pada masa depan terutamanya kanser.
